skip to main | skip to
sidebar


Ensembel Gendang 24 Musim Pengenalan Ensembel Gendang 24 musim diasaskan oleh seorang guru muzik Encik Chen Wei Chong di Johor Bahru, Johor pada 12 Jun 1988. Ensembel ini terdiri daripada 24 buah gendang besar yang diimport atau dibeli dari negara China. Ensembel ini dinamakan Gendang 24 Musim kerana setiap gendang besar ini dinamakan berasaskan sa

Gambang terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur diatas kotak kayu yang berfungsi sebagi Kotak Gema (resonator). Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Ia mengandungi beberapa oktafyang dijadikan sebagai alat melodi.Menggunakan 2bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi.

Ketika zaman kerajaan Melayu lama, bunyi paluan rebana ubi yang besar digunakan untuk menyampaikan pelbagai jenis pesanan; dari amaran mengenai serangan musuh, hinggalah pengumuman majlis perkahwinan. Kini, rebana ubi menjadi salah sebuah alat muzik yang digunakan dalam pelbagai persembahan acara kemasyarakatan.

Kompang boleh dikatakan alat muzik tradisional yang paling popular di Malaysia, dan digunakan di pelbagai majlis seperti Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai majlis rasmi, serta majlis perkahwinan. Kompang yang berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi disekelilingnya, selalunya dimainkan secara berkumpulan. Pelbagai corak paluan dihasilkan dengan melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik.
ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU
blog ini menceritakan tentang alat muzik tradisoanal
melayu
Khamis, 15 Oktober 2009

Serunai dikatakan berasal dari Timur Tengah (Palestin) dalam kurun ke-2 Masihi dan dari sana tersebar ke sebelah timur. Serunai dikenali dengan pelbagai nama, sunray di Parsi, zurna di Turki, mizmar di negeri Arab, gaita di Algeria dan Morocco, zuqra di Tripolis dan Tunisia dan syrnaya di Syria. Alat muzik yang serupa dengan serunai Melayu dikenali sebagai senayi dalam bahasa Sanskrit
![]() |
Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer
merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh
rakyat China. Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan
dalam permainan solo, paduan suara atau opera, ia menduduki tempat penting dalam
permainan alat-alat muzik dan orkestra instrumen China.
Menurut catatan buku sejarah, sebelum abad
pertengahan, negara-negara Arab pada zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur
Tengah mempopularkan sejenis alat muzik pukulan, iaitu Satailiqin. Pada zaman
Dinasti Ming ( 1368 – 1644), seiring dengan perkembangan hubungan persahabatan
yang kian akrab antara China dengan Asia Barat dan Asia Timur, alat muzik
Satailiqin dipopularkan ke China dari Parsi melalui laluan laut. Pada masa
permulaan, alat muzik itu hanya dimainkan oleh rakyat yang tinggal di kawasan
Guangdong sahaja dan kemudian dipopularkan di pelbagai tempat lain di China.
Kemudian diubahsuai oleh seniman kalangan rakyat China, Satailiqin itu menjadi
alat muzik instrumen China dan namanya diubah sebagai Yangqin.
![]()
Yangqin terutamanya dibuat daripada kayu,
badan Yangqin itu merupakan peti berbunyi bersama, bentuknya seperti kupu-kupu,
maka ada orang menyebutnya sebagai “Hudiqin”. Semasa memainkan Yangqin, alat
muzik itu diletakkan diatas rangka kayu, pemain alat muzik mengambil sebuah palu
buluh kecil memukul tali Yangqin.
Teknik permainan Yangqin banyak, suaranya
juga beraneka ragam, boleh berbunyi suara yang tinggi, tebal dan terang.
Permainan Yangqin sesuai dalam suasana riang gembira dan rancak.
Yangqin sudah bersejarah lebih 400 tahun di
China. Dalam tempoh tersebut, tukang membuat alat muzik China telah mengkaji
banyak jenis Yangqin yang baru, misalnya Yangqin yang boleh mengubah bunyi,
mengaubah irama dan Yangqin yang suaranya berbunyi melalui gelombang
elektrik. Yangqin itu dapat digunakan dalam permainan solo dan
iringan, maka sangat disambut oleh pemain Yangqin.
Yangqin telah mempunyai ciri-ciri
tradisional dan langgam bangsa China melalui perkembangan dalam tempoh banyak
tahun dan sudah menjadi sejenis alat muzik yang diminati ramai orang.
Muzik: Sungai
Qing Pada Musim Bunga
|

Ensembel Gendang 24 Musim Pengenalan Ensembel Gendang 24 musim diasaskan oleh seorang guru muzik Encik Chen Wei Chong di Johor Bahru, Johor pada 12 Jun 1988. Ensembel ini terdiri daripada 24 buah gendang besar yang diimport atau dibeli dari negara China. Ensembel ini dinamakan Gendang 24 Musim kerana setiap gendang besar ini dinamakan berasaskan sa

Gambang terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur diatas kotak kayu yang berfungsi sebagi Kotak Gema (resonator). Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Ia mengandungi beberapa oktafyang dijadikan sebagai alat melodi.Menggunakan 2bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi.

Ketika zaman kerajaan Melayu lama, bunyi paluan rebana ubi yang besar digunakan untuk menyampaikan pelbagai jenis pesanan; dari amaran mengenai serangan musuh, hinggalah pengumuman majlis perkahwinan. Kini, rebana ubi menjadi salah sebuah alat muzik yang digunakan dalam pelbagai persembahan acara kemasyarakatan.

Kompang boleh dikatakan alat muzik tradisional yang paling popular di Malaysia, dan digunakan di pelbagai majlis seperti Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai majlis rasmi, serta majlis perkahwinan. Kompang yang berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi disekelilingnya, selalunya dimainkan secara berkumpulan. Pelbagai corak paluan dihasilkan dengan melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik.
No comments:
Post a Comment